Kami Lowkey Sahaja




Ini antara barisan props yang sangat hebat terdiri daripada Syukri, Zul, Umi, Farah, Azri, Puteri, Aku sendiri, Iqbal, Amanda, Farah, Aini, Temy, Kamini, Audrey, Put dan Auni.

Kami dibahagikan dua pecahan kepada 'backstage' dan 'photobooth'. Backstage hanya boleh seramai 7 orang sahaja iaitu aku, Amanda, Temy, Auni, Azri, Farah dan Syukri. Mereka inilah yang akan berlari semasa 'lights off' untuk letak dan ambil barang dalam babak seterusnya dan sebelumnya. Selebihnya pula ialah photobooth, mereka ini akan mereka suatu tempat untuk bergambar untuk pengunjung yang hadir pada hari pementasan.

Dengan latihan yang diberikan amat mencukupi kami krew 'backstage' amat bersedia dengan segala cabaran pada hari pementasan. Dengan lampu tertutup dan akan buta selama 5 saat kami terpaksa meredahnya demi STAB.

Tugas-tugas kami amatlah penting walaupun lansung tiada nampak kelibat kami di hari pementasan. Tiada props tidak berjalan lancarlah sesebuah teater itu

Comments

Popular Posts