Setiakawan
Sambungan dari induksi, malam hari pertama diasak untuk sama-sama masuk ke dalam hutan berbekalkan seutas benang, 2 batang lilin dan beberapa keping biskut. Pada awalnya, hampir kesemua peserta tidak yakin dengan kumpulan mereka sehingga nama kumpulan dipanggil untuk turutan seterusnya masuk ke dalam. Suasana yang amat sunyi dan hanya bunyi alam semulajadi pada waktu malam. Kebijaksanaan setiap ahli kumpulan dalam menempuh hutan yang berliku itu mampu menghabiskan perjalanan dalam itu dengan selamat. Pelbagai pengalaman yang diperolehi samada gembira, seram,takut,teruja dan lain-lain. Malam diakhiri dengan perkongsian pengalaman masing-masing ketika dalam hutan menceriakan kepenatan malam tersebut
Comments
Post a Comment