Cemar (STAB)


Hari pementasan pada 9 Disember bertempat di Panggung Seni, UKM. STAB merupakan kolej ketiga dan pertama di induk yang  mempersembahkan Cemar yang diarahkan oleh Syahmi Harith. Ha
berlalu sangat pantas pada hari itu. Dari awal pagi masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir. Dari pelakon sehingga ke krew-krew menyemak dengan teliti setiap barang dan kelengkapan yang diperlukan.


Tepat 5 petang semua sudah berada di panggung seni, segala persiapan terakhir seperti krew setting menyusun rumah, pangkin, pokok dan lain-lain manakala krew lighting siap pasang 'gel' dan krew props siap susun barang di bahagian yang ditentukan. Setelah siap kami perlu mendengar beberapa taklimat daripada KTR.

Waktu pementasan hampir tiba. Beberapa minit sebelum bermula Kak Tizi sempat memberikan beberapa nasihat untuk kali terakhir. Apabila lampu telah ditutp debaran mula dirasai oleh semua ahli produksi dan pelakon. Hanya tapak kaki dan bisikkan yang hanya didengari di belakang itu. Pada 8.40 malam teater Cemar bermula dengan sokongan dari Kolej AMinuddin Baki yang memenuhi malam itu.

Alhamdulillah selesai 10 babak dengan jayanya dengan mendapat tepukan dan sorakkan yang sangat gerumuh dari pengunjung yang hadir. Hampir tidak terkata kami apabila sudah habisnya kesemua babak. Penat lelah selama sebulan lebih sudah dilepaskan pada malam itu. Sumpah dendamku dah terbalas bak kata Wani dan antara trademark teater Cemar. Tahniah STAB

Comments

Popular Posts