Matrikulasi bukan susah ke ?
Lupa nak memperkenalkan diriku 'faiz' dan sering digelar 'tengku' di matrikulasi. Hanyalah manusia biasa yang tiada apa apa kehebatan malahan bakat pun kurang ada. Dari sekolah harian biasa hidup di bawah ketiak ibu bapa dari kecil sehingga sekolah menengah. Negeri yang dibanggakan dengan 'bangsa johor' itulah negeri kelahiranku. Dibesarkan dalam keadaan sederhana dan syukur sihat belaka.
Kehidupanku mula berubah apabila masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang merupakan pengalaman yang pertama jauh dari keluarga. Pada mulanya sangat tidak selesa terpaksa berdikari buat semua benda sendiri. Namun dengan adanya kawan-kawan yang sudah biasa dengan dunia ini tidak janggal bagiku untuk biasakan. Diletakkan dalam kuliah dan praktikum yang sangat meriah dan akrab, A4. Tenaga pengajar yang sangat hebat dan pakar dalam bidang masing-masing membantu aku meneruskan hidup di matrik ini. Banyak aktiviti yang dianjurkan sempat terlibat antaranya Accobis, Harum dan banyak lagi. Dikelilingi aura belajar membuatkan sesiapa yang malas menjadi rajin untuk belajar. Hobi membaca dan belaar akan tiba tiba sahaja terpupuk dalam diri setiap pelajar matrikulasi. Walaupun seringkali mengeluh dan hampir mengalah tapi berjaya mengharungi selama 10 bulan perit getir.
Banyak sangat kenangan tercipta, dari pendiam jadi penghibur, dari tak berapa kelakar jadi kelakar, tetapi hanya tinggal kenangan. Masa berlalu sangat pantas sehinggakan hari terakhir semester 2 berat untuk semua tinggalkan.
Comments
Post a Comment