Penghargaan STAB


Permulaan yang sangat hambar dan tidak ceria diakhiri dengan kepuasan dan kegembiraan. Tidak mampu terungkap kepuasan di dalam diri masing-masing hanya senyuman mampu terukir.

Latihan hampir sebulan yang tidak kenal erti penat lelah, naik turun bersama, pelbagai cemuhan dan teguran diterima dengan hati terbuka. Hari Ahad bersamaan 16 Disember 2018 dimana adanya hari penganugerahan FESTER atau sinonimnya hari pemgumuman pemenang. Setelah seminggu hari pementasan akhirnya tiba jua hari yang ditunggu-tunggu. Debaran yang sama dikongsi bersama ketika menunggu pengumuman tempat pertama, diiringi dengan beberapa penganugerahan dengan teriakan daripada kolej lain. STAB tetap merendahkan diri dengan hanya duduk diam.

Setelah satu demi satu anugerah diterima oleh kolej lain. Perasaan kecewa sudah timbul namun digembirakan dengan Anugerah Khas Juri II dinobatkan kepada tetaer Cemar oleh STAB. Kami tetap bersyukur dengan anugerah itu walaupun tidak dapat 3 teratas namun kami amat menghargai penganugerahan itu.

Tahniah Seni Teater Aminuddin Baki

Comments

Popular Posts