Pengorbanan



Pengorbanan ialah apabila kita terpaksa melepaskan sesuatu atau terpaksa melaksanakan sesuatu permintaan demi memuaskan hati orang lain. Manusia ini mempunyai berbagai jenis ragam, apa yang kita nampak tak sama apa yang kita jangkakan.

Negeri Sembilan di mana negeri aku mengenali kehidupan yang sebenar di mana aku berada berjauhan dari keluarga. Rasa kekok sudah lali pada saat itu. 10 bulan mengharungi pahit manis di sana membuatkan aku lebih matang. Aqilah rakan praktikumku di matrikulasi. Seorang yang sangat ceria, hormat orang tua dan sangat baik hati dengan rakan-rakannya. Dia antara kawan perempuan yang paling rapat dengan aku. Setelah beberapa bulan tidak berjumpa semenjak hari terakhir di matrikulasi kami ditemukan di majlis perkahwinan abangnya. Perjalanan yang sangat ceria ditemani dengan Aina, Syira dan Naqib membuatkan kami semakin semangat untuk bertemu dengannya. Perangai sewaktu di matrik masih tidak berubah. Walaupun hanya beberapa jam sahaja berjumpa sudah terubat rindu.

Pasir gudang di mana tempat aku membesar dengan keluarga yang sangat ceria. Sejak lahir sehingga ke sekolah menengah di situlah tempat aku mengenali ramai manusia. Firdaus antara rakanku dari tingkatan 4 sama sama naik. Terlampau banyak konflik sewaktu sekolah dahulu sehinggakan sekarang masih tak faham dengan dirinya sendiri. Nak dijadikan cerita demi sebiji bola dia sanggup memulas motorsikal dari Segamat ke Bangi. Waktu yang sangat pendek tidak dapat luang bersama kerana sewaktu itu aku sibuk dengan latihan teater. Sangat bernasib baik dia mempunyai ramai kawan di sini membuatkan aku tidak perlu risau dengan kehadiran tetamu yang tidak dilayan. Masa yang sangat singkat sempat bertegur sapa, gurau senda. Perancangan yang tidak dapat diduga dia sempat tidur semalaman di bilikku.

Pengorbanan susah nak dinilai, hargailah setiap apa yang hadir di samping kita.

Comments

Popular Posts