Sebulan telah berlalu
Sebulan telah berlalu penat lelah sama-sama rasa, pelbagai tomahan, makian dan teguran telah sama-sama kena. Banyak perubahan dari pelakon yang sangat kaku dan kekok sehingga pelakon yang mempunyai jiwa dan mampu menjadikan itu wataknya dalam realiti
Hampir setiap malam habis sahaja latihan akan ada "round table" segala konklusi pada hari itu diajukan pada malam itu. Segala teguran diambil sebagai pengajaran. Semangat yang cinta akan kolej lekat dalam diri setiap peserta.
Aku dan krew props berhempas pulas hampir sebulan kehulur kehilir ketika setiap babak dijalankan. Banyak teguran diajukan dan kami mengambilnya sebagai pengajaran. Dari kekok untuk lari ke dalam set untuk bagi barang sehingga cekap mengendalikan tugas masing-masing.
Rasa nak cepat habis itu memang ada tetapi sangat sebak apabila tibanya hari terakhir latihan. Semua manis dan pahit lalui bersama, ada yang tidur di foyer bersama, muka barai dan penat bersama. Tidak terlintas untuk mengutuk ketika itu namun lebih menyayangi antara satu sama lain
Semoga berjaya STAB !
Comments
Post a Comment