teater


Lansung tidak pernah terlibat dengan apa apa aktiviti yang melibatkan seni pementasan teater, namun pada sem pertama tahun pertama aku ingin mencuba sesuatu baru setelah terlepas banyak peluang program mega kolej. Aku bertekad dengan terlibanya diri dalam teater kolej ini (STAB) dapat mengubah hidupku.

Teater ini bukan sahaja dari segi lakonan tapi produksi yang mantap turut penting untuk menjalankan sesuatu  pementasan ini seperti krew teknikal yang mengaturkan setiap penggunaan pentas, pergerakkan dan kelancaran. Sesuatu produksi yang mempunyai pementasan yang sangat mantap disebabkan oleh adanya kepakaran krew teknikal dan krew ‘backstage’ yang sangat hebat.

Aku ditempatkan dalam skop produksi iaitu bahagian props, sangat tidak berpengalaman pada mulanya yang datang dengan tangan kosong dan sedikit idea sahaja. Dengan adanya mentor daripada senior yang berpengalaman menguatkan aku untuk kekal berada dalam skop ini.

Comments

Popular Posts