Tips belajar dengan bijak
1. Berikan Badan Rehat
Jika anda belajar untuk beberapa jam dalam satu sesi, pastikan anda mengambil rehat sekurang-kurangnya 5 minit setiap setengah jam ataupun sejam. Ini boleh membantu peredaran darah ke otak anda, pada masa yang sama boleh memberikan ketenangan kepada fikiran anda. Keadaan tersebut boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan anda.
Semasa rehat tersebut, anda bolehlah mengambil sedikit snek, pergi ke tandas mahupun lakukan sedikit senaman ringan agar badan anda sentiasa segar untuk sesi seterusnya.
2. Ulangkaji Subjek Yang Sukar Terlebih Dahulu
Semasa mengulangkaji pelajaran, mulakan dengan subjek yang anda rasa sukar terlebih dahulu. Hal ini untuk memberikan seluruh tumpuan yang masih segar anda kepada subjek yang anda perlu tekankan terlebih dahulu. Kemudiankan subjek-subjek yang anda rasa agak senang untuk skor.
Semasa mengulangkaji, tekankan apa yang sangat penting dahulu. Fakta-fakta yang kecil itu dikemudiankan pun boleh. Utamakan asas-asas dahulu.
Janganlah anda membaca buku teks dari muka depan ke muka akhir secara linear sahaja, dan menghafal fakta-fakta yang anda dapat sepanjang jalan anda membacanya. Sebaliknya, daya ingatan kita lebih kuat jika kita boleh mengaitkan fakta-fakta sesuatu. Selepas baca setiap bab, cuba kaitkannya dengan satu sama lain. Senaraikan apa yang sama, apa yang berbeza, apa kaitannya, dan sebagainya.
Bagi pelajar di universiti, pensyarah kadang-kadang ada menyatakan apa yang penting dan apa yang perlu ditekankan. Oleh itu, anda perlu gunakan petua yang pensyarah anda bagi.
3. Buat Kumpulan Belajar (Study Group)
Anda digalakkan untuk membentuk satu kumpulan belajar dimana anda semua boleh berkongsi apa yang masing-masing dapat semasa menjalani kelas. Anda boleh bertukar- tukar nota, flash card, latihan dan anda boleh mengajar ahli yang masih tidak mahir dalam mana-mana topik.
Anda boleh membahagikan ahli kumpulan untuk menerangkan mana-mana topik kepada semua ahli. Lakukannya setiap kumpulan belajar setiap hujung minggu ataupun bila-bila masa yang anda rasa selesa.
Namun, perlu ingat, banyak kumpulan belajar tidak berbuahkan hasil kerana sesetengah pelajar tidak memberikan kerja sama yang baik. Oleh itu, sebelum membentuk kumpulan belajar, pastikan anda membuatnya dengan ahli-ahli yang betul-betul berminat untuk belajar dan boleh memberikan komitmen.
Comments
Post a Comment